Thursday, 24 November 2011

Day 2.13 - SEOUL CITY BUS TOUR


Kalau tak salah lah, bus tour di website ini lah yg kami naiki.


Sedang tanya2 pemandu bas tentang laluan yg bakal dilalui.

Peta laluan yg diambil di Tourist Information Center

Ok nak nak naik dah. Oh Fakrul dan noona Isabella tak ikut. Ye lah derang da bosan kot tgk Seoul nih.

Harga 5000won, lebih kurang RM14

Dalam bas. Bas bergerak setiap setengah jam tak silap. Bermula jam 8 malam. Ataupun hanya sekali sahaja? aku pun tak pasti. Kami naik bas yg jam 8 malam. 

Yang bulatan kecil adlah tempat kami naik bas. Yg bulatan besar adalah tempat yg kami byk pusing2 naik bas. Aku pun tak ingat berapa kali naik jambatan melintasi Han River, sungai utama di tengah2 Seoul. Secara kasar yg gamba bawah ini menunjukkan laluan yg dilalui oleh bas dalam night tour ini. Yang A itu adalah Namsan Tower di Namsan Park.

Gwanghwamun → Deoksugung Palace → * Holiday Inn, Mapo → * National Assembly → * Yangwhadaegyo Bridge → * Gangbyeon Expressway → * Seongsudaegyo Bridge → * Hannamdaegyo Bridge → Namsan Seoul Tower → * Namsan Library → Sungnyemun Gate → Cheongye Plaza



Karyee sedang menerangkan tentang jadual perjalanan untuk hari esok. Dalam bas aku tak ambil gambar sgt pun permandangan luar memandangkan bas pun sentiasa bergerak dan kawasan luar cuma diterangi lampu yg tidak berapa terang. Jadi susah kalau nk ambil gambar pun. Ambil video pun tak berapa nampak. Kne tukar body nih kot >_<

Kemudian singgah di Namsan Tower yg terletak di Namsan Park. Dan memandangkan pemandu bas langsung tak tahu ckp enggeris, maka kami pun tak tahu berapa lama bas ini berhenti. Dalam fikiran aku, kurang2 15 minit la kot.

Namsan Tower

Permandangan Seoul waktu malam

Kedai runcit dan cenderahati di kawasan sekitar

Mula2 aku turun terus pasang tripod untuk ambil gambar suasana malam bandar Seoul. 2/3 minit je. Kemudian rasa mcm nak naik atas lagi ke Namsan Tower, mesti permandangan lebih cantik. Dan jalan nak naik dah, tapi baru beberapa langkah hati tak sedap. Takut bas berhenti tak lama.

Jadi buat keputusan utk berpatah balik. Xjadi nk naik atas. Takpe la next time kot. Igt lepak2 tepi bas je.

Memandangkan kedai ini terletak sblh tempat parking bas, jadi masuk ke sini sahaja lah tgk ape2 yg ada.

Ambil gambar sikit.

Tiba2 dgr bas hon. Masuk kedai seminit pun xsampai. Bas nak gerak. Dengan kata lain bas berhenti lebih kurang 5 minit sahaja! Kelang kabut lari. Tgk Feena dah tunggu depan bas. Dima mmg ada dgn aku td. Tapi Karyee takde. Suruh Feena tgk Karyee kat toilet berdekatan pun takde. Tunggu dalam bas dalam 2 minit. Pakcik bas dah bising2. Of kos kami tak paham ape die ckp, tapi tak habis2 datang kat ktrg tunjuk jam tangan dan geleng2 sambil bising. Last2 sbb da lambat die suruh kami turun bas, sbb takkan nk tinggal Karyee. So ktrg pun terpaksa la turun. Bas pun berlalu pergi. Seminit selepas itu baru Karyee datang berlari lari. Rupanya bila ditanya dia naik atas ke Tower. Jadi kami tak dapat menghabiskan tour dgn bas. Nasib baik ada teksi byk, jadi kami hanya tahan satu dan kata nak ke DongYang Mirae University. Maka pulang lah kami naik teksi. Kne charge lebih kurang 15000won.


Pada pendapat aku, tour ini tak best mana pun. Feena tidur hampir sepanjang perjalanan. Dima kadang2. Karyee dengar penerangan dari headphone yg disediakan. Aku pula mengelamun sambil pandang ke luar tingkap. Lagi2 mmg kami sedang penat. Maka hanya duduk didalam bas memang akan mengundang rasa mengantuk. Jadi buat anda yg nak datang, aku rasa kalau betul2 da bosan tak tahu nak buat ape, then naik lah. Kalau tak byk lagi tempat boleh pergi. Tapi kalau malas dan nk tgk permandangan sekitar Seoul, ok sahaja untuk naik.

Dalam teksi untuk pulang ke Dong Yang Mirae University, aku terlelap sehingga pemandu teksi panggil kata nak sampai da.

.

No comments: