Saturday 28 January 2012

Jeju Island


Post ini sekadar letak video2 yang aku rasakan menarik untuk di tunjukkan berkenaan Jeju Island. Mungkin byk lagi video yg lebih menarik, tapi setakat ini, inilah yg aku jumpa dan aku rasa nak di share kan kepada pembaca blog ini.







Nak tgk lagi cari sendiri >_<




Jeju Island officially confirmed a Wonder of Nature


Gambar di bawah ini rasanya ketika spring. Semasa aku ke sana, takde pun bunga byk2 nih.

Sanbang Mountain, Jeju Island
Zurich/Switzerland: “Jeju Island is now confirmed as one of the New7Wonders of Nature. Congratulations!” So wrote Bernard Weber, Founder-President of New7Wonders, in a letter to Professor Chung Un-chan, chairman of the national committee to vote for Jeju Island.
Thanking Professor Chung and the other members of the committee, including Governor Woo Keun-min and Dr. Yang Won-chan, Bernard Weber continued: “Let us now continue to work together on the preparations for the Official Inauguration events, to showcase Jeju Island to the rest of the world as well as on the strategic plan for the promotion of Jeju Island using its title as one of the New7Wonders of Nature.”
Jeju-do is a volcanic island located 130 kilometres off the southern coast of South Korea. It is the country’s largest island, smallest province and home to its tallest mountain, Halla-san, a dramatic-looking dormant volcano that rises 1,950 metres above sea level. The people of Jeju have developed a culture and language that are distinct from those of mainland Korea, and the island is famous for its matriarchal family structure, symbolized by the haenyeo (“sea women”), who make a living from deep-sea diving to harvest marine products.
In alphabetical order, the provisional New7Wonders of Nature announced on 11 November are: Amazon, Halong Bay, Iguazu Falls, Jeju Island, Komodo, Puerto Princesa Underground River and Table Mountain. Jeju Island is the first to be confirmed on a preliminary basis, as New7Wonders has now completed the national telephone voting validation in South Korea. The remaining provisional New7Wonders of Nature are currently undergoing the three steps of the verification process, namely the national voting validation, the global voting calculation confirmation by an independent audit firm, and the preparation and implementation of the Official Inauguration ceremonies.
http://news.n7w.com/2011/12/26/jeju-island-is-officially-confirmed-as-one-of-the-new7wonders-of-nature/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jeju-island-is-officially-confirmed-as-one-of-the-new7wonders-of-nature





.

Friday 27 January 2012

Day 3.23 -JEJU INTERNATIONAL AIRPORT to SEOGWIPO-SI



Sebaik sahaja sampai di Jeju International Airport, kami terus cari teksi. Sebab tak silap mmg itu sahaja satu2 nya pengangkutan awam di pulau Jeju ini. Bas pun tiada. Jadi sama ada naik teksi, kereta sewa atau basikal sahaja.

Jumpa Teksi. Kami nak senang, just tunjuk alamat terus pada pemandu teksi. Dan juga no telefon dari website Hotel.

Jadi pemandu teksi terus call hotel untuk bertanya arah dan lokasi hotel.

Lokasi hotel yg kami pilih adalah di sebalik pulau. Agak jauh juga perjalanan. Mengambil masa lebih kurang 40 minit juga. Kami mula naik teksi sekitar jam 10.10 malam. Kami pilih hotel ini sebab pada hari pertama disini (dari 2 hari), kami ingin pergi berjalan di kawasan balik pulau dulu (Seogwipo-si) dan kawasan sekitar nya yg dekat. Pada hari kedua pula, belah pulau satu lagi (belah airport), sbb pada hari kedua malam, kami terus bertolak pulang semula ke Seoul. Maka senang terus ke airport selepas habis berjalan pada hari ke 2.

Rasanya aku berjaga 5 minit sebaik sahaja mula perjalanan je. Tahu2 dah tak sedar selepas itu.

Terjaga time ni da nak sampai. Tengok meter teksi terbeliak juga mata. Time ni la baru tahu teksi2 kat Jeju ni mmg lagi mahal dari di Seoul. Rasanya hampir 50 000 won juga. lebih kurang RM150!

Lokasi hotel. Jeju Hiking Inn.

Lokasi hotel. Yg gunung belakang tu adalah gunung berapi utama di pulau ini, Hala-san (gunung).

http://www.hikinginn.com/

Owner hotel ni da tertido2 dah di kaunter menunggu kami. Pelanggan akhir untuk hari itu. Dan nasib baik dia agak fasih berbahasa Inggeris. Maka agak mudah. Dan walaupun die byk membantu, tapi die sebenarnya nampak mcm tak puas hati juga kat kitorang. Dah la datang lambat, kemudian utk teksi esok dan lusa semua kita mintak tolong die. Bising2 pun die tolong juga.

Salah satu perhiasan di dinding hotel. Setelah settle down, buka kasut, tuka baju, solat etc. Aku gatal naik ke bumbung. Memandangkan bilik kami tingkat 6 dari 6 tingkat (takde lif ok. Tak tahu kenapa kat korea mmg tak byk lif. Kalau di Malaysia lebih 4 tingkat mesti ada lif. Kat korea tidak). Di bumbung mcm agak luas. Ada kerusi untuk berjemur, tempat BBQ dan tempat duduk2. Aku saja ambil angin (yg sgt sejuk) sambil lihat2 kawasan sekitar. Dengan tak pakai selipar, t-shirt lengan pendek dan suhu lebih kurang 10 darjah, berpeluk tudbuh juga. Juga ada ambil gambar sikit2 dari atas bumbung ini.

Kawasan sebelah hotel

Hotel ini dekat dengan laut.

Jambatan

Jalan depan hotel

Depan tu ada kedai 24jam. Da lupa samada Family Mart atau 7-ELEVEN.

Kawasan belakang hotel. Gambar blur sbb tak bawa tripod dan time ni da menggigil2.

Lagi kawasan sekitar hotel

Ok masa untuk tidur. Hari ke 3 yg sgt penat. Selamat malam semua. ZZZzzzzz~




.

Friday 20 January 2012

Day 3.22 - GIMPO INTERNATIONAL AIRPORT to JEJU INTERNATIONAL AIRPORT



Penerbangan lebih kurang sejam.

>_<

Berlepas

Seoul, permandangan dari udara

Tiba2 nampak mcm ada kebakaran besar. Macam la. Tak tahu betul tak. Yg warna oren pada bahagian kanan gambar. Kemudian ambil video (di bawah). Juga nampak mcm kebakaran itu.




Dalam penerbangan aku dan Kar Yee duduk sebelah seorang wanita Korea. Tak ingat nama dia. Dia mula2 offer muffin pada kami. Selepas itu kami pun bersembang. Boleh bersembang sbb dia pandai berbaha Inggeris. Dan Kar Yee pun boleh sikit2 bahasa korea. Dia adalah seorang nurse di sebuah hospital di Seoul. Waktu ni die tgh cuti beberapa hari dan balik ke rumah dia yg memang berada di Jeju. Kira mmg orang Jeju lah. Oh dan dalam penerbangan ini juga dapat air percuma. Boleh pilih mcm penerbangan biasa yg lain. Aku fikir tak ada sbb ini penerbangan tambang murah mcm Air Asia. Tapi rupanya ada air free. Dah lah mmg tengah haus. Bersyukur.

Dima dan Feena pula duduk di belakang seat kami. Mereka pun duduk sebelah orang korea lelaki. Dah la jenis jambu2 mcm artis korea. Mmg sembang panjang lah. Aku siap dgr Dima kata kalau laki tu datang Malaysia mesti ramai peminat sbb muka jambu hensem. Aku dalam hati "ececece padahal die da terpikat haha".

Kemudian sembang punya sembang tak sedar sudah tiba di Jeju International Airport. Memandangkan hari ini byk berjalan, memang sgt penat rasanya badan. Tapi mungkin sbb tgh excited, jadi tak tidur dalam penerbangan.

Ambil beg.

Keluar gate 2

Selamat sampai ke Jeju Island!


Day 3.21 - DONGYANG MIRAE UNIVERSITY to GIMPO AIRPORT


Selepas habis makan Dima msg suruh tunggu di bawah. Mereka semua dah siap dan keluar sekejap untuk beli makanan dgn wife Pak Nab, Nazihah. Waktu itu sudah jam 7 malam waktu tempatan. Memandangkan sudah musim luruh. Malam tiba semakin awal. Hari sudah betul2 gelap.

Kami terus ke station bas berdekat untuk ambil teksi. Waktu berlepas adalah jam 8.45 malam.

Dalam teksi.

Kami tiba di Gimpo International Airport sekitar 7.45 malam. Teksi berhenti kan kami pada International departure. Jadi terpaksa naik airport shuttle bus untuk ke bahagian domestic. 5 minit juga naik bas. Nasib baik percuma. Sampai sahaja terus cari kaunter Jeju AIr untuk check-in. Tapi masa mula2 sampai aku tgk mcm pekerja2 di kaunter penerbangan itu macam sudah bersiap2 kemas nk tutup kaunter. Tapi aku terus sahaja menuju ke arah mereka. Bila ditunjukkan salinan ticket booking yg di print, pekerja Jeju Air yg bertugas kata, kami dah lambat. Kapal terbang sudah berlepas pun pada jam 7.30 malam!!! Masing2 tercengang dan terkejut. Aku pula tak tahu kenapa, aku tergelak. Semua mcm tak percaya dan panic. Tak tahu nak buat apa.

Nasib baiklah aku jenis bukan cepat panic. Jadi aku bertanya kan jika ada penerbangan lain yg boleh kami naik. Tapi jawapannya tiada. Itu adalah penerbangan terakhir untuk Jeju-Air. Sedih juga lah untuk beberapa saat. Sbb mula2 aku fikir Jeju Air sahaja yg ada penerbangan domestic untuk ke Jeju. Tapi tiba2 pekerja itu sambung, cuba tanya kaunter sebelah, T'way Airlines. Terus aku tergelak lagi.

Aku pun terus bertanyakan di kaunter T'way Airlines. Dan nasib baik mmg ada. Penerbangan akhir mereka adalah pada jam 8.45 malam. Jadi kami beli tiket on the spot. Total untuk 4 orang adalah 196 000 won (lebih kurang RM588). Jadi seorang adalah  49 000 won (lebih kurang RM147). Nasib baik ada bawa extra emergency money.

Masing2 menarik nafas lega. Muka kecewa, sedih tapi lega. Haha. Dan yg peliknya, Dima seorang sahaja yg tengok waktu penerbangan. Dan kami yg lain semua bergantung kepada dia. Rupanya dia silap tengok. 8.45 adalah waktu ketibaan di Jeju International Airport. Pengajarannya di sini, pasti kan semua orang tahu tentang jadual penerbangan. Dima rasa serba salah, tapi sebenarnya semua orang salah. Tapi takpe lah. Dah beli tiket baru. Sbb kalau tak pergi jeju, akan burn duit deposit hotel dan tiket flight balik dari Jeju ke Gimpo pula. Lebih byk rugi.

Waktu berlepas.

Boarding pass baru.

Kemudian kami duduk2 di kawasan duduk berdekatan kaunter. Dan tadi masa beli makanan, mereka belikan aku Kimbap!!

Saat2 bahagia. Kimbap tuna.

Jam menunjukkan 8.17 malam. Ada pramugari datang pada kami dan pesan boleh masuk dah untuk boarding.

Suasana lapangan kapal terbang.

Boarding gates.

Sambil menunggu dipanggil naik, masing2 lunch+dinner dulu.

8.45 malam. Nak berlepas  dah.


Ini info yg aku dapat tahu selepas insiden ini. Bukan sahaja Jeju Airway yg ada menawarkan menerbangan ke Jeju ( sbb ada nama Jeju pada Jeju Air jadi aku igt Jeju Air je la yg ke Jeju .__. ). Tapi juga airways2 berikut :

Jeju Air
Air Busan
Asiana Airlines (mahal)
Eastar Jet
Jin Air
Korean Air (mahal)
T'way Airlines

Selain Asiana Airlines dan Korean Air yg merupakan airline utama di Korea Selatan, yg lain semua adalah low-cost airline. Dan aku rasa harga kami beli tiket on the spot dan masa tempah awal adalah lebih kurang sahaja. Mungkin mahal pun sedikit sgt.

Oh dan aku rasa Dima silap waktu berlepas adalah kerana website Jeju Air adalah adalah dalam bahasa Korea. Tiada bahasa enggeris langsung. Masa book tiket pun main buat je. Print salinan tempahan pun semua dalam bahasa korea. Ok bye.



Off to Jeju-do!

.




Day 3.20 - JONGMYO SHRINE to DONGYANG MIRAE UNIVERSITY


Keluar dari Jongmyo around jam 5 ptg waktu tempatan. Selepas itu sudah tidak ke mana melainkan ingin pulang ke Dongyang Mirae University. Dan kami memilih untuk naik teksi sahaja.

Kawasan taman depan Dongmyo Shrine. Penuh dgn Ajushi2 bermain Go (weiqi in Chinese, igo in Japanese, baduk in Korean).

Khusyuk

Ermmmm..

Menunggu teksi

Sambil2 tu tengok kanan

Tengok pula kiri

Dan selepas itu dapat pun teksi. Teksi sgt banyak jadi tak perlu risau tunggu lama. Biasanya kami hanya sebut Dongyang Mirae University kepada pemandu teksi. Tapi kadang2 die tak faham. Mungkin sbb dialect lain. Tapi nasib baik aku ada ambil gambar signboard dan banggunan Dongyang Mirae University. Jadi tunjuk sahaja pada pemandu teksi dan terus jalan. Gambar2 seterusnya adalah gambar2 yg diambil semasa di dalam teksi. Dalam perjalanan pulang.

Jalan agak jem.

Penuh dgn kereta


Rupa2 nya depan itu ada lori besar panjang yg belakang nya tercabut. 

Suasana petang di tengah2 bandar Seoul..

Melintasi Hangang (Han River), sungai besar yg melintasi tengah2 bandar Seoul.

Banggunan.

Banggunan lagi .___.

Silau

Rumah flat

Lotte Mart. Antara pasar raya besar yg terkenal di kawasan sini. Dan ini melupakan landmark untuk aku bila hampir sampai Dongyang Mirae University. Sbb mmg dekat dah. Fakrul kata dia pun selalu shopping situ je.

Dongyang Mirae University

Balik tu kemas2 barang, aku bawah half je barang nk ke Jeju. Yg lain tinggal jap kat bilik Fakrul. Selepas itu masa untuk makan. Lunch dgn dinner lah kot. Dan untuk kali pertama merasa Nasgera nih. Ok la boleh tahan. Tapi kne rendam dalam air agak lama jugak. bukan 4 minit seperti yg disarankan pada kotak. Kalau 4 minit ada nasi keras lagi. Jadi aku rendam 15 minit. Memang lembut puas hati.

Lepas tu makan dgn lauk segera dalam tin, ayam kari dgn kentang potong. Ok terus terang sgt tak sedap. Dan aku makan separuh je pun pastu buang. Sgt membazir T_T.



.