Friday, 27 January 2012

Day 3.23 -JEJU INTERNATIONAL AIRPORT to SEOGWIPO-SI



Sebaik sahaja sampai di Jeju International Airport, kami terus cari teksi. Sebab tak silap mmg itu sahaja satu2 nya pengangkutan awam di pulau Jeju ini. Bas pun tiada. Jadi sama ada naik teksi, kereta sewa atau basikal sahaja.

Jumpa Teksi. Kami nak senang, just tunjuk alamat terus pada pemandu teksi. Dan juga no telefon dari website Hotel.

Jadi pemandu teksi terus call hotel untuk bertanya arah dan lokasi hotel.

Lokasi hotel yg kami pilih adalah di sebalik pulau. Agak jauh juga perjalanan. Mengambil masa lebih kurang 40 minit juga. Kami mula naik teksi sekitar jam 10.10 malam. Kami pilih hotel ini sebab pada hari pertama disini (dari 2 hari), kami ingin pergi berjalan di kawasan balik pulau dulu (Seogwipo-si) dan kawasan sekitar nya yg dekat. Pada hari kedua pula, belah pulau satu lagi (belah airport), sbb pada hari kedua malam, kami terus bertolak pulang semula ke Seoul. Maka senang terus ke airport selepas habis berjalan pada hari ke 2.

Rasanya aku berjaga 5 minit sebaik sahaja mula perjalanan je. Tahu2 dah tak sedar selepas itu.

Terjaga time ni da nak sampai. Tengok meter teksi terbeliak juga mata. Time ni la baru tahu teksi2 kat Jeju ni mmg lagi mahal dari di Seoul. Rasanya hampir 50 000 won juga. lebih kurang RM150!

Lokasi hotel. Jeju Hiking Inn.

Lokasi hotel. Yg gunung belakang tu adalah gunung berapi utama di pulau ini, Hala-san (gunung).

http://www.hikinginn.com/

Owner hotel ni da tertido2 dah di kaunter menunggu kami. Pelanggan akhir untuk hari itu. Dan nasib baik dia agak fasih berbahasa Inggeris. Maka agak mudah. Dan walaupun die byk membantu, tapi die sebenarnya nampak mcm tak puas hati juga kat kitorang. Dah la datang lambat, kemudian utk teksi esok dan lusa semua kita mintak tolong die. Bising2 pun die tolong juga.

Salah satu perhiasan di dinding hotel. Setelah settle down, buka kasut, tuka baju, solat etc. Aku gatal naik ke bumbung. Memandangkan bilik kami tingkat 6 dari 6 tingkat (takde lif ok. Tak tahu kenapa kat korea mmg tak byk lif. Kalau di Malaysia lebih 4 tingkat mesti ada lif. Kat korea tidak). Di bumbung mcm agak luas. Ada kerusi untuk berjemur, tempat BBQ dan tempat duduk2. Aku saja ambil angin (yg sgt sejuk) sambil lihat2 kawasan sekitar. Dengan tak pakai selipar, t-shirt lengan pendek dan suhu lebih kurang 10 darjah, berpeluk tudbuh juga. Juga ada ambil gambar sikit2 dari atas bumbung ini.

Kawasan sebelah hotel

Hotel ini dekat dengan laut.

Jambatan

Jalan depan hotel

Depan tu ada kedai 24jam. Da lupa samada Family Mart atau 7-ELEVEN.

Kawasan belakang hotel. Gambar blur sbb tak bawa tripod dan time ni da menggigil2.

Lagi kawasan sekitar hotel

Ok masa untuk tidur. Hari ke 3 yg sgt penat. Selamat malam semua. ZZZzzzzz~




.

No comments: