|
Selepas habis makan Dima msg suruh tunggu di bawah. Mereka semua dah siap dan keluar sekejap untuk beli makanan dgn wife Pak Nab, Nazihah. Waktu itu sudah jam 7 malam waktu tempatan. Memandangkan sudah musim luruh. Malam tiba semakin awal. Hari sudah betul2 gelap. |
|
Kami terus ke station bas berdekat untuk ambil teksi. Waktu berlepas adalah jam 8.45 malam. |
|
Dalam teksi. |
|
Kami tiba di Gimpo International Airport sekitar 7.45 malam. Teksi berhenti kan kami pada International departure. Jadi terpaksa naik airport shuttle bus untuk ke bahagian domestic. 5 minit juga naik bas. Nasib baik percuma. Sampai sahaja terus cari kaunter Jeju AIr untuk check-in. Tapi masa mula2 sampai aku tgk mcm pekerja2 di kaunter penerbangan itu macam sudah bersiap2 kemas nk tutup kaunter. Tapi aku terus sahaja menuju ke arah mereka. Bila ditunjukkan salinan ticket booking yg di print, pekerja Jeju Air yg bertugas kata, kami dah lambat. Kapal terbang sudah berlepas pun pada jam 7.30 malam!!! Masing2 tercengang dan terkejut. Aku pula tak tahu kenapa, aku tergelak. Semua mcm tak percaya dan panic. Tak tahu nak buat apa.
Nasib baiklah aku jenis bukan cepat panic. Jadi aku bertanya kan jika ada penerbangan lain yg boleh kami naik. Tapi jawapannya tiada. Itu adalah penerbangan terakhir untuk Jeju-Air. Sedih juga lah untuk beberapa saat. Sbb mula2 aku fikir Jeju Air sahaja yg ada penerbangan domestic untuk ke Jeju. Tapi tiba2 pekerja itu sambung, cuba tanya kaunter sebelah, T'way Airlines. Terus aku tergelak lagi.
Aku pun terus bertanyakan di kaunter T'way Airlines. Dan nasib baik mmg ada. Penerbangan akhir mereka adalah pada jam 8.45 malam. Jadi kami beli tiket on the spot. Total untuk 4 orang adalah 196 000 won (lebih kurang RM588). Jadi seorang adalah 49 000 won (lebih kurang RM147). Nasib baik ada bawa extra emergency money. |
|
Masing2 menarik nafas lega. Muka kecewa, sedih tapi lega. Haha. Dan yg peliknya, Dima seorang sahaja yg tengok waktu penerbangan. Dan kami yg lain semua bergantung kepada dia. Rupanya dia silap tengok. 8.45 adalah waktu ketibaan di Jeju International Airport. Pengajarannya di sini, pasti kan semua orang tahu tentang jadual penerbangan. Dima rasa serba salah, tapi sebenarnya semua orang salah. Tapi takpe lah. Dah beli tiket baru. Sbb kalau tak pergi jeju, akan burn duit deposit hotel dan tiket flight balik dari Jeju ke Gimpo pula. Lebih byk rugi. |
|
Waktu berlepas. |
|
Boarding pass baru. |
|
Kemudian kami duduk2 di kawasan duduk berdekatan kaunter. Dan tadi masa beli makanan, mereka belikan aku Kimbap!! |
|
Saat2 bahagia. Kimbap tuna. |
|
Jam menunjukkan 8.17 malam. Ada pramugari datang pada kami dan pesan boleh masuk dah untuk boarding. |
|
Suasana lapangan kapal terbang. |
|
Boarding gates. |
|
Sambil menunggu dipanggil naik, masing2 lunch+dinner dulu. |
|
8.45 malam. Nak berlepas dah. |
Ini info yg aku dapat tahu selepas insiden ini. Bukan sahaja Jeju Airway yg ada menawarkan menerbangan ke Jeju ( sbb ada nama Jeju pada Jeju Air jadi aku igt Jeju Air je la yg ke Jeju .__. ). Tapi juga airways2 berikut :
Jeju Air
Air Busan
Asiana Airlines (mahal)
Eastar Jet
Jin Air
Korean Air (mahal)
T'way Airlines
Selain Asiana Airlines dan Korean Air yg merupakan airline utama di Korea Selatan, yg lain semua adalah low-cost airline. Dan aku rasa harga kami beli tiket on the spot dan masa tempah awal adalah lebih kurang sahaja. Mungkin mahal pun sedikit sgt.
Oh dan aku rasa Dima silap waktu berlepas adalah kerana website Jeju Air adalah adalah dalam bahasa Korea. Tiada bahasa enggeris langsung. Masa book tiket pun main buat je. Print salinan tempahan pun semua dalam bahasa korea. Ok bye.
Off to Jeju-do!
.
2 comments:
a'ah, harga tix korg beli on the spot mmg lbh kurg je dgn book awal. ktrg dpt 272 to n fro.
Itu la. Rasanya itu mmg harga standard. Xkesah beli awal atau lambat. Mungkin ada waktu2 promosi, cuma xsure bila.
Post a Comment