Friday 17 February 2012

Day 4.0


Pagi itu kami bgn agak lambat. Aku pun terus tidur balik selepas subuh yg masuk jam 5 lebih. Di Jeju lebih dekat dgn garisan khatul istiwa, jadi waktu solat makin hampir dgn waktu Malaysia, walaupun di Korea musim luruh. Sbb masing2 kepenatan, jadi jam 930 pagi waktu tempatan lebih kurang baru masing2 keluar bilik. Paling menarik kami sudah ada plan nak kemana, tapi tiada transport. Jadi pagi itu baru call teksi tanya macam mana. Memang sudah plan awal ingin nak teksi atau kereta sewa yg dah ada driver, tp tiada tempah apa2 lagi. Dan ini la silap kami sebenarnya.





Dan ini satu2 nya perkhidmatan teksi atau kereta sewa yg kami tahu ada, dari hasil pencarian sebelum ke sini. Rate 8 jam adalah 150 000 won. Tapi maslahnya cuma boleh 3 orang max satu teksi. Kalau nk besar lagi boleh ambil van. Tapi harga hampir 400 000 won. Memang tak la nak ambil tu. Dan bila Dima call pagi itu, mmg die tak bagi 4 orang satu teksi. Itu satu. Satu lagi dia kata teksi syarikat dia cuma boleh naik dgn tempahan awal sahaja. Maksudnya kene book awal2. Jadi kami yg mcm walk in ni tak diterima. Ok waktu ni mcm dah risau.

Jadi kami minta tolong tuan punya hotel. Kami ketuk cermin kaunter. Kat kaunter tu bertutup dgn langsir. Sbbnya kaunter tu juga adalah bilik tempat tinggal dan tidur tuan punya hotel. Jadi masa ketuk tu, selepas beberapa minit baru langsir di selak. Muka tuan hotel baru bangun tidur dgn rambut serabai dan muka masam. Ok serba salah pula kacau dia tidur. Dia pun mcm cakap marah2. Tapi apa boleh buat, kami tiada pilihan. Tuan hotel kata boleh call sahaja mana2 teksi dan ambil minta dia jadi teksi sewa untuk sehari. Kira ambil teksi biasa la. Dan dia yg call kan walaupun mcm tgh ckp marah dan muka monyok. Ye lah satu sbb kacau die tidur. Satu lagi sbb mcm ktrg main datang je mcm takde plan sbb baru nak cari teksi semua. Tapi ape2 pun kami berterima kasih sbb dia tlg carikan teksi. Untuk teksi biasa, lebih murah rate nya. 130 000 won sahaja dan boleh masuk 4 orang. Waktu pula dari jam 9 pagi hingga 6 ptg sahaja. Ok sgt la tu. Sbb jam 6 tu pun dah nak gelap da. Sbb da nak masuk musim sejukkan, jadi malam masuk awal sedikit. Siang pun mula agak lambat. Malam makin panjang.

Teksi datang around jam 1015 pagi. Pemandu teksi tidak pandai sgt cakap enggeris. Jadi agak susah untuk berkomunikasi.  Memang dia byk ckp dgn Karyee je lah yg byk vocab Korea. Dan juga kami hanya point2 pada map sahaja kalau nk kemana2. Dan juga byk main bahasa isyarat. Oh tapi masa di tengah perjalanan, ajushi pemandu teksi keluarkan kamus korean-english. Jadi kami pinjam untuk berkomunikasi dgn dia. 

Sebelum bertolak, tuan hotel tolong beri tahu ajushi teksi mana kami nak pergi. Majoriti yg akan dibawa mmg tempat2 yg kebiasaannya orang pergi. Kami ada list yg kami dah buat mana nak pergi, tapi last2 decide ikut yg mana tuan hotel beri tahu, sbb dia pun lebih arif. Dan majoriti tempat yg kami pergi adalah yg mendapat pengiktirafan UNESCO heritage.

Tempat2 yg mendapat pengiktirafan UNESCO (The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) ni biasanya mmg yg rare dan cantik lah. Jadi tempat2 mcm ni mmg akan dijaga dan dipelihara dgn baik. Kami bertolak around jam 11. Kira rugi 2 jam jugak la, sebab sepatutnya boleh mula dari 9 pagi. Dan bayaran adalah flate rate 130 000 won. Oh selain itu perlu beri makan pada ajushi untuk lunch, atau pun perlu beri dia extra 10 000 won untuk dia lunch sendiri. So total 140 000 won lah. Selain itu ada 1 lagi extra charge, itu pun special kalau kita nak ke Hala-san. Ini cerita kemudian.

.