Thursday, 12 January 2012

Day 3.16 - JONGMYO SHRINE part 1



Secara kasar laluan yg di lalui. Jongmyo Shrine ini tidak lah besar mana pun. Dan sejujurnya tidak lah menarik mana pun. Maksudnya kalau nak cepat, tak perlu masuk pun tak apa. Tapi kalau ada masa masuk lah tengok2. Tiada apa sgt di sini. Cuma sekadar jalan tengok tengok sambil membiarkan angin dingin bertiup membelai tubuh. Tidak silap aku, Jongmyo Shrine ini hanya boleh masuk dgn tour guide, kecuali pada hari Sabtu atau Ahad. Dah lupa mana satu. Dan kami sgt bernasib baik sebab sampai2 je english tour akan bermula pada jam 4 petang waktu tempatan. Waktu ketika ini lebih kurang 3.50 petang.

Sementara menunggu jam 4 petang.

Tour guide yg pemalu. Lepas masuk dalam, mula2 die pesan ialah jangan ambil gambar dia. Tapi masa waktu ini, masih di luar. Jadi dia belum pesan dan aku pun belum tahu dia tidak mahu gambarnya diambil. Maka gambar yg di ambil secara senyap2 ini adalah takpe >_<.

Sempat tour guide dan penjaga ahjuma baju kuning tu gelakkan kitorang sbb makan tahi ini.

Ini tiket masuk. Yang 5 in 1 di beli mula2 pagi tadi semasa di Gyongbokgung Palace. Cantikkan? Tapi ini winter. Sebenarnya aku rasa byk tempat kat korea lawa2 waktu winter. Maka kene pergi lagi nnt wantu musim sejuk pula =D


Ok sudah jam 4, jom mula jalan. Mula2 kat kawasan dalam bulatan merah tu.

Oh sebelum tu simpan beg dulu.

Yg mcm ada laluan 3 tengah2 tu adalah tempat lalu roh2 yg menginap di sini. Maka kami tidak dibenarkan untuk memijak laluan utama ini. Kalau laluan roh yg tepi2 takpe. Yg utama tengah2 ini sahaja yg tidak boleh. Ye la mcm kne hormat raja?

Pandangan pintu masuk dari dalam.

Aku selalu ambil gambar penerangan sebegini. Konon2 nya nanti nk baca. Masa kat sini malas nk baca panjang2. Tapi rasa nya takkan baca kot sampai bila2 .___.

Lagi tulisan panjang2 malas baca.

Jalan ikut tour guide. Aku jalan belakang sekali sorang2.

Banggunan lebih kurang.

Tasik ini ada ceritanya. Aku da lupa.

Time ni aku mcm da bosan tgk banggunan design mcm nih. Lebih kurang je.

.....?

Pokdok tempat roh2 lepak petang2 baca buku?

Tempat bersemadi roh gundik?

Tasik yg sama

Tempat minum air. Tapi air di sini mcm tak bersih sgt. Jadi dinasihatkan jgn minum.

Jalan


Kemudian masuk mcm kawasan kecil tempat bersemadi roh. Tapi roh raja bukan di sini la. Mesti la kat banggunan paling besar. Sini mungkin penolong kanan ke. Tak pun cikgu disiplin.


Sekitar kawasan di luar

Kawasan dalam

Deumeu - bermaksud bekas besar. Bekas ini digunakan untuk memadamkan api. Biasanya air disimpan di dalam bekas itu. Bekas ini juga digunakan untuk menghalau api roh jahat? (fire evil spirit) yg akan terkejut melihat wajah sendiri pada pantulan permukaan air. ok sgt -.- ... Aku fikir zaman ni cermin mahal kot. Guna air je la.

Tempat semadi roh. Aku rasa roh tu main dam haji kot dalam tu.

Banggunan sebelah. Tempat semadi roh raja. Tapi tak masuk lagi. Jalan depan sikit dulu.

Jalan.






.




No comments: