Blog ini berkenaan 4 org pelajar perubatan UM ke Korea Selatan untuk menghadiri '43rd Asia-Pacific Academic Consortium for Public Health (APACPH) Conference' in Seoul, Korea from October 20th to 22nd in 2011. Sila baca dari post paling lama (post pertama) untuk melihat dan membaca mengikut kronologi. Arkib blog ada di kaki blog ini.Blog ini penuh dgn gambar, jadi mungkin sedikit berat untuk dibuka.(Blog ini masih dalam proses pembinaan dan akan diupdate dari semasa ke semasa)
Monday, 2 April 2012
Day 4.7 - HALLA-SAN (part 6)
Sewaktu turun dari gunung. Aku biarkan kamera vid terpasang. Dan vid mungking sgt bising sbb angin bertiup kuat. Dan kamera aku biasanya aku letak dekat dengan badan sbb senang naklari, jadi bunyi nafas juga sgt kuat. Boleh kata aku biarkan sahaja vid terpasang dari mula turun sampai lah ke bawah. Dan mcm biasa, maaf kualiti vid yg sgt buruk.
Masa turun mmg ramai org. Nampak mcm ramai kumpulan pelajar korea. Anda juga boleh lihat bilamana aku berlari. Sgt mengejar masa. Naik 1jam 35 minit. Turun cuma 25 minit.
Sampai2 sahaja di bawah yg lain2 sudah tunggu di bawah. Mereka pun xde lah sampai lama sgt dah. Jadi aku takde la lambat sgt, walaupun lambat jugak sikit la sebenarnye ehehe. Aku sampai bawah lebih kurang jam 1 tgh hari waktu tempatan.
KarYee, Ahjushi pemandu kami, Dima, Feena dan kawan Ahjushi.
Selepas aku sampai je bawah, jumpa ahjushi ajak ambil gambar dan terus gerak. Tak boleh lengah2 dah sbb lagi lambat kami gerak lagi kurangtempat boleh pergi nanti.
Destinasi seterusnya adalah makan tengah hari!!!!!!
Bab makan ni yg agak susah nk explain kat ahjushi. Nak makanan yg murah, dan halal. Jadi part halal tu kami cakap kami nak makan seafood.
Dalam 20 minit kot perjalanan nak mencari tempat makan. Dan aku langsung takde idea kat mana.
Tapi yg pasti agak dekat2 dgn laut dah, sbb boleh nampak Hallasan yg agak jauh. Lagi pun destinasi kami seterusnya selepas lunch adalah tepi laut.
No comments:
Post a Comment