Friday, 16 March 2012

Day 4.1 - SEOGWIPO-SI to HALLA-SAN


Nak ke Hallasan tidaklah sejauh mana. Mengambil masa dalam 30 minit sahaja rasanya. Kami bergerak sekitar jam 1020 pagi dan tiba sekitar jam 1050 pagi. Untuk naik ke puncak Hallasan ini, ada byk trek. Dari tempat penginapan kami naik kereta mengikut anak panah merah yg dilukis menggunakan 'paint', terus ke kawasan yg ditunjukkan. Kawasan itu merupakan perhentian terakhir untuk kenderaan bermotor. Bakinya mmg perlu mendaki sendiri.

Ini gambar sekitar kawasan tempat kami tinggal. Baru mula gerak menaiki teksi sewa.

Tidak seperti di Seoul, kawasan ini tidak sesibuk mana. Udara nya juga segar dan dingin. Namun sbb ini selatan negara Korea Selatan, maka tidak sesejuk semasa berada di Seoul. Suhu mungkin lebih kurang 20 darjah lebih.


Dari kawasan penginapan mmg sudah boleh nampak gunung Halla itu.


Keluar dari kawasan pekan.

Semasa dalam pertengahan perjalanan, di sinilah kami mula cuba ingin bersembang dengan ahjushi pemandu teksi. Mmg susah. Waktu ini dia cuba tunjuk gunung sambil tunjuk mukanya. Mula2 mmg kami tiada klu langsung, tp akhirnya aku dapat tangkap. Rupanya dia cuba kata yg puncak gunung itu kelihatan seperti muka orang, orang yg sedang baring.

Jalan semakin sunyi. Kanan kiri cma ada pokok.

Jalan juga berbukit bukau.

Ini simpang untuk belok kanan. Ke jalan utama untuk naik gunung. Ke Yeongsil lah kot?

Jalan semakin bengkang bengkok.

Namun cuaca untuk pagi itu sgt baik dan selesa. Tidak panas dan tidak sejuk. Cukup selesa.

Dalam teksi sewa.

Rasanya kalau terus tu, mungkin ke trek lain. Tapi kami ambil yg ke kanan.



Sampai di kawasan parking. Mula2 ingat kene turun sini. Rupanya ada parking yg atas lagi. Yang bawah ini mcm untuk kenderaan besar sahaja seperti bas. Nasib baik kami tak naik bas. Sbb kalau tidak tambah lagi jarak pendakian 2/3 kilometer extra. 

Biasa kalau ada tiket begini, atau tol, kami lah yg kene bayar. Kire total yg kami kne bayar untuk hari ini bertambah.



Akhirnmya sampai untuk kawasan tertinggi yg boleh dinaiki kereta.

Puncak Hallasan nampak lebih dekat. Waktu ini sudah sgt excited. Aku secara peribadi suka hiking, tp jarang ada peluang untuk hiking. Jadi bila dapat peluang, gunung best pulakkan, mmg excited habis. Rasa penat semalam, ngantuk lapar (xbreakfast lagi) semua hilang. Dalam otak cuma fikir tak sabar nak sampai puncak.


.



No comments: