Friday, 23 March 2012

Day 4.2 - HALLA-SAN (part 1)

Ini adalah tandas awam. Tak ingat dah beri tahu belum, tandas awam di Korea Selatan majoriti tiada air. Semua guna tisu sahaja. Jadi jika ada botol air kosong sentiasa adalah idea yg sgt baik. Boleh tadah air di singki bahagian luar tandas. Kalau buang air kecil nak istinjak dengan tisu ok lagi boleh terima, tapi kalau air besar, urghhh.

Banggunan ini pula kurang pasti apa. Mungkin pejabat kot. Tapi pandangan belakang itu adalah sgt superb! Dengan daun bewarna warni lagi. Oh by the way, kami hanya diberi masa 2 jam sahaja untuk naik dan turun. Tak kesah sampai mana pun, Ajushi teksi beri tahu, naik sejam je, sampai mana pun lepas sejam terus turun. Sebabnya kalau terlampau lama di sini, byk lagi tempat nak pergi nnt miss. Dan juga dia beri tahu, setiap jam dia kne tunggu, kne bayar extra 10 000 won. Jadi dengan kata lain kami kne bayar extra 20 000 won. Total campur makan dia 10 000 won dan teksi untuk dari 9 pagi sampai 6 ptg 130 000 won, ialah 160 000 won. Lebih kurang RM480!

Ini pula kedai runcit, kedai makan dan cenderahati.

Permandangan dalam kedai.

Memandangkan suhu di Jeju tidak sesejuk di Seoul, jadi pagi ini aku tidak bawa sarung tangan. Tapi bila turun je teksi tadi, sangat sejuk! Mungkin sbb tanah tinggi. Suhu rasanya dalam 12 darjah Celcius. Jadi terpaksa membazir duit beli glove baru 15 000 won. Selain itu aku beli juga air mineral 1000 won dan energy bar 2 batang, 1 500 won sebatang rasanya. Susah tak pakai glove sbb tangan akan sejuk sgt, sampai kebas dan susah nak ambil gambar.

Kami naik melalui Yeongsil trail.

Kalau rajin boleh baca.

Di ketinggian 1280m dari paras laut.

Hiking information

Jom mula mendaki! walaupun sebenarnya lebih byk berjalan dan berlari.

Permandangan mula2 laluan untuk naik ke atas.

Untuk naik ke atas gunung, mmg sudah ada laluan khas di sediakan. Tak boleh main redah je ikut jalan sendiri. Ini bertujuan untuk menjaga alam semula jadi dari musnah.

Walaupun hari isnin, agak ramai orang. Ini baru mula2, dah sampai dekat atas lagi ramai rupanya.

Ada pekerja sedang membetulkan laluan. Kawasan ini memang dijaga dengan baik.

Antara penyebab lambat sampai atas .___.

Laluan pendakian.

Dima siap bawa selendang lagi. Kalau korang perasan Dima biasa tak pakai apa2 baju sejuk atau jeket samada di Seoul atau Jeju. Sebabnya dia pakai thermal underclothes.

Tangan gergasi

Baru 0.5km ._____.

Sayangnye tak buat HDR. 

Jalan2.

Jalan punye jalan sampai satu kawasan ini yg boleh nampak bahagian tinggi gunung. Aku tak sure adakah itu puncak atau tidak. Tapi mmg cangat cantik.

Jadi mcm biasa stop ambil gambar. haih.

Mesti la aku pun nak kan >_<

Tangga mmg byk. Memang lah sbb naik gunung kan.

Dan juga ada jambatan.

Why does autumn leaves change color?





.

No comments: