Saturday, 24 March 2012

Day 4.3 - HALLA-SAN (part 2)



Waktu ni mcm jalan laju2, kadang2 jalan slow sbb ambil gambar.

Ahjuma

Wahhhh

Waktu ni fikir mcm, tak sempat kot nak sampai atas tu. Sbb cuma ada 2 jam je. 20 minit lbh kurang sudah hbs.

HDR yg mcm tak jd sgt

Rehat seminit.

Mata aku mmg tidak dapat lari dari melihat cerun yg begitu mengujakan itu.

Dan suasana yg nyaman dan sungguh cantik.

Aku harap aku ada 6 jam kurang2 di sini.

Lagi kawasan persekitaran waktu sedang naik.

Orang2 yg sedang turun.

Ada juga mat salleh. Skali ternampak atas tu. Mcm ada pergerakan.

Skali zoom nampak ramai orang!

Waktu ini lah aku jadi double triple excited. Rasa tak boleh tahan dah. Terus aku beri tahu Feena Dima dan Keryee yg aku tak dapat jalan dah. Aku just pesan dekat derang, nnt pandai2 lah budget masa untuk turun. Aku da tak boleh tunggu. Jadi aku terus berlari tinggal kan mereka. Exxcited punya pasal, lbh kurang 20 minit juga aku berlari naik tampa henti. Penat mmg penat. Tapi sbb excited tolak ketepi dulu penat tu.

Sambil2 berlari pun sempat ambil gambar.

Dan terus berlari. Waktu ini rasanya sudah 30 minit lebih sejak dari mula naik td. Baru 1 km. Lagi lah rasa nak terus lari. Cuba nak sampai setinggi mungkin. Dalam hati waktu nih, aku nk peruntukkan masa 1 jam 15 minit lah untuk naik. Baki 45 minit turun.







.





Friday, 23 March 2012

Day 4.2 - HALLA-SAN (part 1)

Ini adalah tandas awam. Tak ingat dah beri tahu belum, tandas awam di Korea Selatan majoriti tiada air. Semua guna tisu sahaja. Jadi jika ada botol air kosong sentiasa adalah idea yg sgt baik. Boleh tadah air di singki bahagian luar tandas. Kalau buang air kecil nak istinjak dengan tisu ok lagi boleh terima, tapi kalau air besar, urghhh.

Banggunan ini pula kurang pasti apa. Mungkin pejabat kot. Tapi pandangan belakang itu adalah sgt superb! Dengan daun bewarna warni lagi. Oh by the way, kami hanya diberi masa 2 jam sahaja untuk naik dan turun. Tak kesah sampai mana pun, Ajushi teksi beri tahu, naik sejam je, sampai mana pun lepas sejam terus turun. Sebabnya kalau terlampau lama di sini, byk lagi tempat nak pergi nnt miss. Dan juga dia beri tahu, setiap jam dia kne tunggu, kne bayar extra 10 000 won. Jadi dengan kata lain kami kne bayar extra 20 000 won. Total campur makan dia 10 000 won dan teksi untuk dari 9 pagi sampai 6 ptg 130 000 won, ialah 160 000 won. Lebih kurang RM480!

Ini pula kedai runcit, kedai makan dan cenderahati.

Permandangan dalam kedai.

Memandangkan suhu di Jeju tidak sesejuk di Seoul, jadi pagi ini aku tidak bawa sarung tangan. Tapi bila turun je teksi tadi, sangat sejuk! Mungkin sbb tanah tinggi. Suhu rasanya dalam 12 darjah Celcius. Jadi terpaksa membazir duit beli glove baru 15 000 won. Selain itu aku beli juga air mineral 1000 won dan energy bar 2 batang, 1 500 won sebatang rasanya. Susah tak pakai glove sbb tangan akan sejuk sgt, sampai kebas dan susah nak ambil gambar.

Kami naik melalui Yeongsil trail.

Kalau rajin boleh baca.

Di ketinggian 1280m dari paras laut.

Hiking information

Jom mula mendaki! walaupun sebenarnya lebih byk berjalan dan berlari.

Permandangan mula2 laluan untuk naik ke atas.

Untuk naik ke atas gunung, mmg sudah ada laluan khas di sediakan. Tak boleh main redah je ikut jalan sendiri. Ini bertujuan untuk menjaga alam semula jadi dari musnah.

Walaupun hari isnin, agak ramai orang. Ini baru mula2, dah sampai dekat atas lagi ramai rupanya.

Ada pekerja sedang membetulkan laluan. Kawasan ini memang dijaga dengan baik.

Antara penyebab lambat sampai atas .___.

Laluan pendakian.

Dima siap bawa selendang lagi. Kalau korang perasan Dima biasa tak pakai apa2 baju sejuk atau jeket samada di Seoul atau Jeju. Sebabnya dia pakai thermal underclothes.

Tangan gergasi

Baru 0.5km ._____.

Sayangnye tak buat HDR. 

Jalan2.

Jalan punye jalan sampai satu kawasan ini yg boleh nampak bahagian tinggi gunung. Aku tak sure adakah itu puncak atau tidak. Tapi mmg cangat cantik.

Jadi mcm biasa stop ambil gambar. haih.

Mesti la aku pun nak kan >_<

Tangga mmg byk. Memang lah sbb naik gunung kan.

Dan juga ada jambatan.

Why does autumn leaves change color?





.

Friday, 16 March 2012

Day 4.1 - SEOGWIPO-SI to HALLA-SAN


Nak ke Hallasan tidaklah sejauh mana. Mengambil masa dalam 30 minit sahaja rasanya. Kami bergerak sekitar jam 1020 pagi dan tiba sekitar jam 1050 pagi. Untuk naik ke puncak Hallasan ini, ada byk trek. Dari tempat penginapan kami naik kereta mengikut anak panah merah yg dilukis menggunakan 'paint', terus ke kawasan yg ditunjukkan. Kawasan itu merupakan perhentian terakhir untuk kenderaan bermotor. Bakinya mmg perlu mendaki sendiri.

Ini gambar sekitar kawasan tempat kami tinggal. Baru mula gerak menaiki teksi sewa.

Tidak seperti di Seoul, kawasan ini tidak sesibuk mana. Udara nya juga segar dan dingin. Namun sbb ini selatan negara Korea Selatan, maka tidak sesejuk semasa berada di Seoul. Suhu mungkin lebih kurang 20 darjah lebih.


Dari kawasan penginapan mmg sudah boleh nampak gunung Halla itu.


Keluar dari kawasan pekan.

Semasa dalam pertengahan perjalanan, di sinilah kami mula cuba ingin bersembang dengan ahjushi pemandu teksi. Mmg susah. Waktu ini dia cuba tunjuk gunung sambil tunjuk mukanya. Mula2 mmg kami tiada klu langsung, tp akhirnya aku dapat tangkap. Rupanya dia cuba kata yg puncak gunung itu kelihatan seperti muka orang, orang yg sedang baring.

Jalan semakin sunyi. Kanan kiri cma ada pokok.

Jalan juga berbukit bukau.

Ini simpang untuk belok kanan. Ke jalan utama untuk naik gunung. Ke Yeongsil lah kot?

Jalan semakin bengkang bengkok.

Namun cuaca untuk pagi itu sgt baik dan selesa. Tidak panas dan tidak sejuk. Cukup selesa.

Dalam teksi sewa.

Rasanya kalau terus tu, mungkin ke trek lain. Tapi kami ambil yg ke kanan.



Sampai di kawasan parking. Mula2 ingat kene turun sini. Rupanya ada parking yg atas lagi. Yang bawah ini mcm untuk kenderaan besar sahaja seperti bas. Nasib baik kami tak naik bas. Sbb kalau tidak tambah lagi jarak pendakian 2/3 kilometer extra. 

Biasa kalau ada tiket begini, atau tol, kami lah yg kene bayar. Kire total yg kami kne bayar untuk hari ini bertambah.



Akhirnmya sampai untuk kawasan tertinggi yg boleh dinaiki kereta.

Puncak Hallasan nampak lebih dekat. Waktu ini sudah sgt excited. Aku secara peribadi suka hiking, tp jarang ada peluang untuk hiking. Jadi bila dapat peluang, gunung best pulakkan, mmg excited habis. Rasa penat semalam, ngantuk lapar (xbreakfast lagi) semua hilang. Dalam otak cuma fikir tak sabar nak sampai puncak.


.