Friday, 28 October 2011

General Info




Mukhlis :

  • Matawang Korea Selatan adalah dalam 'Won'. Di sana tiada sen dan ringgit mcm di Malaysia. 1000won adalah lebih kurang mcm RM1, maka 500won dan 100won adalah seperti 50sen dan 10sen. Secara kasar matawang korea adalah 2.7 kali ganda lebih besar dari negara kita. Jadi 1000won nilainya bersamaan dgn RM2.70. Namun bergantung juga di mana kita tukar duit. Aku tukar di Mid Valley, dgn 1000won dijual pada RM2.80. Kalau di LCCT. 1000won dijual pada RM2.90. Di Incheon(ICN) International Airport pula, 1000won dijual pada RM3.10. Biasanya nak mudah masa nk beli barang, kami akan kali 3 sahaja. Namun, itulah masalah bila selalu nk conver ke Ringgit Malaysia, semua barang jadi mahal. Tapi sbb pendapatan kita dalam RM, perkara itu mmg perlu supaya kita beringat dalam membeli nih. Duit kertas datang dgn nilai 1000won, 5000won, 10000won dan 50000won. Duit syiling pula datang dgn nilai 100won dan 500won. 1won, 10won dan 50won rasanya ada, tp tak pernah pula dapat dalam dalam urusan jual beli. Mungkin sudah pupus mcm 1sen di Malaysia. Secara kasarnya kalau hasil pendapatan kita dalam RM, hidup di korea adalah jauh lebih mahal.
  • Contoh barang dan harga. Air mineral sebotol = 1000won. Kimbap sebatang = 2000/2500won. Ok tapi kadang2 pelik sbb hari ke-9 aku ada beli air teh 'o' dalam botol tu, 2 botol dgn harga 800won sahaja.


  • T-money adalah satu keperluan di Korea Selatan. Kegunaannya mcm kad Touch 'n Go di Malaysia. Tapi bukan sahaja untuk subway dan bas, tapi juga untuk teksi, untuk gune public phone, beli barang di kedai dan lain2 kegunaan. Nak beli T-money dan nak topup ada di byk tempat. Di semua station subway ada, malah kedai2 biasa pun ada. Jadi sgt mudah. T-money kosong bernilai 5000won. Sgt recommended untuk ada sebaik sahaja tiba di Korea. Selain itu boleh dijadikan ole2 untuk dibawa pulang ke Malaysia.
  • Di Korea Selatan, terutamanya di Seoul dan kawasan sekitarnya, pengangkutan awam (subway, teksi dan bas) adalah sangat sangat effective. Bas die sgt laju bergerak. Kalau kita lambat 2 saat nak naik je, bas terus gerak. Takde nak tunggu2. Dah naik bas kene duduk atau kalau berdiri kne pegang tempat pemegang, kalau tak akan jatuh sbb bas dipandu dgn sgt laju (namun selamat). Nak turun kene siap2 touch T-Money dan tunggu depan pintu. Sebab bas akan berhenti sekejap je, dan kalau lambat die jalan je sbb nk cepat. Teksi pula bila tahan baru berhenti. Teksi di sana majoriti semua guna meter, tak kesah siang malam, tengah malam atau awal pagi mcm jam 4 pagi. Harga permulaan adalah 2400won. Dan teksi sgt byk dan senang nk jumpa di mana2 pun. Kadang2 di jalan raya, dapat lihat teksi dan bas sgt byk. Kereta perseorangan sedikit sahaja. Teksi pula bawa laju dan straight ke tempat yg kita nk pergi. Sbb nk laju dan effective, biasa mereka tak ikut sgt peraturan jalan terutama lampu isyarat. Merah hanya warna hiasan jalan, kalau tiada kereta jalan sahaja. Namun begitu rasanya pemandu teksi di sana sgt terlatih dan walaupun bawa laju dan melanggar lampu isyarat, tp selamat. Oh dan di sana juga hon kereta org adalah satu budaya. Mereka sgt suka hon. Ingat Malaysia dah teruk sgt dah. Sana lebih parah. Teksi di sana juga sgt selesa dan besar. Dan teksi ada beberapa jenis dan yg ini aku tak sure. Tapi aku dinasihatkan oelh kawan aku yg belajar di Korea utk jgn ambil teksi hitam, kerana mahal. Ambil teksi silver/putih.



  • Subway pula lagi sgt sgt effective. Rasanya total ada 11 line. Ada sesetengah station subway sampai 4 tingkat bawah tanah. Dengan subway sahaja rasanya boleh pergi lebih dari 400 tempat sekitar Seoul dan dan kawasan2 sekitarnya. Di setiap station pula, kadang2 sehingga ada 4-6 tempat keluar. Banyak tempat keluar supaya tak perlu nak lintas jalan. Jika anda tiba di sana, adalah di nasihat kan supaya ambil map subway ini dan sentiasa pada anda setiap kali anda keluar. Map byk boleh dapat di airport mahupun tourist center sekitar Seoul dan sekitarnya. Make sure bila ambil map, cek dulu supaya ada yg tulisan Roman, sbb ada versi korea juga. Unless pandai baca tulisan korea (hangul) lah. Di majoriti station subway dan dalam subway ada map juga. Selain itu setiap kali sudah menghampiri dan sampai ke satu2 station, pengumuman akan dibuat dalam bahasa korea juga English. Tentang harga dan penggunaan yg lebih detail boleh lihat di sini (http://www.visitkorea.or.kr/ena/TR/TR_EN_5_1_4.jsp). Aku pun tak sure mcm mana die charge tp skali masuk biasa 900won. Kemudian ada masa dan jarak, kalau within that time kita guna lagi subway/bas, tak kebe charge apa2. Tapi aku tak paham sgt ._.
  • Korea Selatan adalah satu negara yg sama sahaja hampir si semua pelusuk negara. Maksudnye anda pergi mana2 pun kawasan di korea, orang nya lebih kurang, bahasa nye mcm tu juga, budaya pun sama, makanan nya pun serupa, produk di jual di kedai pun hampir sama. Tiada variety. Tapi mungkin ada perbezaan sedikit lah antara penduduk bandar dan kampung, dan di Jeju Island. Sudah pasti di kawasan bandar lebih moden dan fesyen pun lebih bergaya dari kampung. Di pulau pula lebih byk seafood dan hasil2 kampung dari di bandar Seoul. Namun secara kasarnya lebih kurang sahaja. Berbanding di Malaysia dengan kaum, agama, makanan, budaya, bahasa dan lain2 yg jauh berbeza dari satu tempat ke tempat yg lain. Selangor sendiri dah cukup berbeza kalau di Shah Alam/ PJ/Subang dgn kawasan2 kampung seperti Bagan Lalang/Banting/Kuala selangor. Belum lagi Terengganu, Kelantan, Johor dan lagi2 Sabah Serawak. Aku fikir itulah yg menjadikan Malaysia sgt unik dan kita patut bangga dgn suatuasi begini. Bila aku ceritakan perkara ini kepada salah sorang kawan orang korea yg kami kenal semasa di Seoul, die sgt kagum dan berasa sgt pelik dan unik. Terus pada masa yg sama waktu sembang2 tu, die search mengenai Malaysia dan berazam untuk melihat keunikan ini sendiri suatu hari nanti.
  • Produk kosmetic dan rawatan kosmetik termasuk pembedahan kosmetik/plastik adalah satu perkara yg sgt biasa di Korea Selatan. Memandangkan lelaki dan perempuan sgt menjaga kecantikan, jadi produk2 dan rawatan/pembedahan kecantikan aku rasa agak murah di sana. Malah di sana aku dapat lihat perbezaan yg nyata, antara orang korea yg di bawah umur 20-an dan atas 20-an. Bayi2 korea mmg sgt comel. Namun budak2 tadika, pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti majoritinya adalah biasa. Namun satu pemerhatian yg agak menarik dapat aku lihat. Terutamanya gadis/wanita berumur 20 lebih ke atas adalah cantik2 dan ayu2. Dan sebabnya adalah, itu adalah umur kebiasaannya mereka melakukan rawatan kecantikan dan pembedahan plastik. Malah budaya rawatan kosmetik ini sgt biasa sehingga ia menjadi ganjaran jika anda berjaya menggapai sesuatu. Sebagai contoh anda berjaya grad dari universiti, atau dapat jadi top student di sekolah, ganjaran yg di dingini atau sering di janjikan adalah rawatan kosmetik. Jadi kalau kita rasa perempuan korea atau lelakinya cantik molek dan jambu2, boleh kata ini sebabnya. Malah jika anda jambu dan cantik, adalah lebih mudah untuk mendapat kerja, berbanding jika anda kurang cantik. Dengan kata lain kecantikan dan paras rupa memang menjadi salah satu kayu ukur.
  • Fesyen adalah keutamaan yg aku dapat lihat di Seoul. Kita sering dgr 'fashion is pain'. Di Korea Selatan mmg betul. Mereka prefer pakai skirt singkat lengan pendek walaupun cuaca sgt sejuk. Kasut tinggi dan boot boleh di lihat di mana2. Oh dan si Dima, Feena dan Kar Yee mmg bila berjalan tgk kasut org je. Tak tgk jalan dah. Aku hanya mampu menggelengkan kepala.

Dima :

Mukhlis you are right : i cant help but stare at their boots!!! The boots in Korea are AWESOME

One thing i thought was odd in Korea were the crowds of ajumas (old/middle-aged ladies) with short, permed hair and wearing bright pink vests/jackets....apparently the favourite past-time in Korea is hiking. And they go at it with such vigour, even at old age. You'll see them everywhere on weekends with their hiking poles and backpacks.

The subway system is fantastic, you can go anywhere if you've done your research. At each station, they will even tell you which exit to take to go to which locations. Some stations have up to 8 exits, some quite a distant away so be sure you've done your research or you'll end up like me with a massive roaming bill. Point to note : I am terrified of getting lost.

They really don't speak English in Korea. Not the policeman, not the taxi drivers. It is helpful if you have the name of the area you're staying written in hangul...or if like Mukhlis, you have a picture of the nearby landmarks. My Korean is barely rudimentary : i can ask but i don't understand when they answer me. So for me, navigating around was a challenge.

Ooh one more thing : be sure to bring a 2-pin adaptor.



It is not that easily available...sure if you live there you can find anything but if you're only staying for a week or so then it does get challenging.



Feena : zzzzzzz

Kar Yee : zzzzzzzzz

No comments: