Tuesday, 19 June 2012

Day 4.9 - Yongmeori coast (용머리해안) part 1


Yongmeori coast (용머리해안) 

Waktu ini sekitar 2.48 petang. Suhu lebih kurang 25 darjah Celsius. 

Melalui pekan kecil. Masa ini nampak sahaja bukit rasa nak daki. Excited masih belum habis.

Landscape Jeju memang sentiasa best 

Sudah dekat. 

Kawasan di Yongmeori coast ini lebih byk kepada kawasan pertanian. Tapi tak sure pula lah tanam apa. Masa sampai sini, kebanyakan tanaman sudah di tuai.

Coklat buatan tempatan. Yang beli Feena je tak silap. Yang lain semua merasa dia punya la hehe

Lagi kawasan di Yongmeori coast. Ada gerai2 kecil seperti ini dekat dengan kawasan parking kenderaan.

Ada juga Viking! Oh bukit belakang itu seolah-olah memanggil-manggil untuk di daki.

Ajushi kata bukit itu pun mmg kawasan menarik untuk didaki. CUma buat kali ini, mmg tak sempat. Lain kali mungkin?

Laluan kecik menujuk ke coast.

Lagi gerai kecil menjual coklat kecil2 pula.

Patung ini memang sgt banyak di serata kepulauan Jeju.

Kapal Hamel

Kawasan laluan balik nnt. Yongmeori coast ini macam kita akan jalan di persisir pantai. Dia mcm one way in one way out. Ini jalan keluar nya. Oh ya, tak silap nk masuk kawasan ini perlu byr. Sudah tak ingat berapa. tu laaa update lambat lagi .___.

Berkenaan kapal Hamel yg tersadar di persisiran Yingmeori. Sila baca sendiri.

Berkenaan Yongmeori coast ini pun boleh baca sendiri hehe

Baru ku perasan ada orang di atas itu. Tak sure patung atau orang betul.

Amaran.

Permulaan laluan untuk Yongmeori coast.

Macam biasa mereka ini pantang bila aku mengambil gambar. Layan kan sahaja.

Oh pasir pantai ini berwarna hitam!



.

Day 4.8 - 점심 (Lunch!)


Tempat makan tengah hari, Harap2 halal la, sbb da pesan kat ajushi cari tempat ada seafood sahaja.

Mmg kawasan pelancong. Banyak teksi bawa pelancong ke sini.

Perut sudah berbunyi2

Kami pilih untuk duduk bersila. Oh dan lihat pada dinding kedai. Pelancong yang datang boleh tulis apa2 pada sehelai kertas dan akan di lekatkan kan pada dinding kedai tersebut.

Penuh dengan kertas.

Jadi Feena excited nak tulis sendiri punya.

Finally!

Orang lain punya sampai dulu.

Ini ikan seryes sgt sgt sedap. Nampak mcm biasa tp rasanya tak biasa langsung! Yang bestnya byk side dishes. Kurang2 ada dekat 7 jenis. Dah la boleh tambah byk kali dengan percuma! By the way aku sgt sgt sgt sgt sgt tak suka kimchi. Aku da try banyak kali dah, mmg tak boleh masuk. Jadi aku selalu beri kimchi untuk di habiskan oleh Dima. Dia mmg gila kimchi.

Karyee dan udangnya

Lepas daki gunung lepas tu makan besar, mmg terbaik! Alhamdulillah.

Memang kenyang!

Tak tinggal sisa langsung. Nampak sangat masing2 kebulur.

Macam biasa sebelum ke tempat seterusnya, tengok map dulu.

Sgt berbaloi! Walaupun 15 000 won (RM45) .___.

Tgk kamus english - korea. Seryes sgt membantu.

Excited dgn kereta orang.


Destinasi seterusnya adalah Yongmeori Coast.



.